Agrobank memperkenalkan Program Digital Niaga untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan pembiayaan dengan kadar yang rendah.

Kemudahan pembiayaan yang berlandaskan prinsip patuh Syariah ini memfokuskan kepada semua sektor yang menyumbang kepada rantaian bekalan makanan termasuk industri pertanian dan agromakanan. Ia juga dilengkapi dengan program latihan membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan PMKS dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Kemudahan Pembiayaan Agrobank

Pembiayaan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan adalah berdasarkan
kelayakan dan keperluan anda.

Microenterprise Special
Relief 2.0 (“MRP 2.0”)

Pembiayaan tanpa cagaran untuk perniagaan mikro bagi modal kerja atau pembelian aset.

Microenterprise Special
Relief 2.0 (“MRP 2.0”)

Penyelesaian pembiayaan tanpa cagaran untuk perniagaan mikro dengan akses mudah pada kos yang berpatutan.

  • Pilihan pembiayaan mikro untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan kecil anda.

  • Sesuai untuk pembelian peralatan perniagaan atau keperluan modal kerja.

  • Fokus kepada penyelesaian yang praktikal untuk perniagaan mikro yang mahu berkembang.

  • Agro MUSIM-i (Pembiayaan Berjangka-i)

  • Tawarruq

  • Sehingga 7 Tahun

  • 4.75% setahun yang dikira katas baki bulanan

  • Untuk perbelanjaan modal, pembelian aset/peralatan, dan keperluan modal kerja operasi perniagaan.

  • Sehingga RM100,000 bagi setiap perusahaan mikro.

  • Dikenakan caj berdasarkan baki tertunggak jika berlaku kelewatan pembayaran.

    • Usahawan mikro warganegara Malaysia.

    • Berumur 21 tahun sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan)

    • Perniagaan berdaftar di Malaysia dengan pemilikan saham sekurang-kurangnya 51% oleh warganegara Malaysia.

    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurang tempoh 12 bulan

    • Pemohon atau pemilik perniagaan/syarikat tidak disenarai hitam dalam AMLA/CFT Watclist atau mana-mana carian yang berkaitan.

Agrobank ialah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) terkemuka di Malaysia, menyokong sektor pertanian, penternakan, perikanan, agroindustri, agroteknologi dan  semua industri yang menyumbang kepada keterjaminan makanan.

Agrobank menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah dan komited kepada perbankan berasaskan nilai (VBI). Sokongan Agrobank untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menyokong kesejahteraan komuniti adalah menyeluruh, dari aktiviti asas hingga pemprosesan dan pemasaran.

Berkenaan Agrobank