BSN menawarkan pinjaman yang disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memperkasakan lagi peniaga PKS tempatan.

Kemudahan Mikro Kasih yang ditawarkan BSN

Berkenaan Bank

BSN terus komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang komprehensif bagi semua rakyat Malaysia. BSN berusaha memberikan peluang yang sama kepada rakyat Malaysia untuk mengejar masa depan kewangan yang lebih baik.

Untuk mencapai matlamat ini, BSN akan memainkan peranan bagi menawarkan inklusiviti kewangan, disokong oleh pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan yang disampaikan melalui pelbagai titik sentuh di seluruh negara.

Berkenaan
Skim Mikro Kasih

BSN Micro Kasih ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

  • 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

  • 4.00% p.a.

  • Pinjaman Berjangka

  • Minimum: RM5,000
    Maksimum: RM50,000

  • Bayaran denda lewat bagi jumlah tertunggak keseluruhan pada kadar 1% setahun yang akan dikira setiap hari

    • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad / Syarikat Sdn. Bhd) dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.

    • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).

    • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).

    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.